KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

TABUNG KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

BORANG PERMOHONAN (PERMOHONAN SEKOLAH) KLIK SINI
Borang kebenaran potongan gaji bulanan untuk sumbangan kepada tabung KWAPM KLIK SINI
Brosur Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) KLIK SINI



PENGENALAN

 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta membasmi keciciran pelajar daripada persekolahan akibat kemiskinan.

Adalah menjadi hasrat KPM untuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan yang berkemampuan dalam mendapatkan peluang serta akses kepada pendidikan yang samarata untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah).

Jenis dan Kadar Bantuan KWAPM

Jenis dan kadar bantuan KWAPM adalah seperti berikut:-

JENIS DATA/
STATUS KEMISKINAN
BANTUAN AM PERSEKOLAHAN (BAP)
BANTUAN BULANAN (BB)
JUMLAH KESELURUHAN
(RM)
eKASIH&eDAMAK
(MISKIN TEGAR)
Sek. Ren. = RM200                  bagi seorang pelajar setahun
 Sek.Men.=RM300                       bagi seorang pelajar setahun
Sek.Ren.=RM500                (RM50 x 10 bulan)
 Sek. Men. = RM600            (RM60 x 10 bulan)
Sek. Ren. = RM700
 Sek. Men.= RM900
eKASIH& eDAMAK
(MISKIN)
Sek. Ren. = RM200                 bagi seorang pelajar setahun
Sek. Men. = RM300                       bagi seorang pelajar setahun
Sek. Ren. = RM250             (RM25 x 10 bulan)
Sek. Men. = RM300              (RM30 x 10 bulan)

Sek. Ren. = RM450
Sek. Men.= RM600
DataAda (permohonan sekolah)
Sek. Ren. = RM200                  bagi seorang pelajar setahun
 Sek. Men. = RM300                        bagi seorang pelajar setahun
-
Sek. Ren. = RM200
Sek. Men. =RM300
*Nota:
  1. BAP meliputi pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan pelajar;
  2. BB meliputi wang saku dan lain-lain perbelanjaan harian pelajar; dan
  3. Jumlah amaun BB adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan tabung KWAPM

Kriteria Kelayakan Bantuan KWAPM

1.         Pelajar warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1).
2.         Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau eDAMAK dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.
3.         Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti berikut:
 
                      
4.         Pelajar BUKAN penerima apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak luar.
Berdasarkan Surat Ikatan Amanah KWAPM yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 10 April 2003, sumber kewangan tabung KWAPM diperolehi daripada peruntukan kerajaan dan juga sumbangan daripada orang ramai.

Bagaimana anda boleh menyumbang ke tabung KWAPM?

1.         Mengkredit terus sumbangan atas nama SUMBANGAN TABUNG KWAPM ke akaun bank seperti berikut:

      NO. AKAUN : 5640 1611 7704*
*NOTA: Setelah kreditkan sumbangan, tuan/puan dipohon fakskan butiran diri dan transaksi (slip bayaran) kepada Unit KWAPM - Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, KPM di 03 - 8884 7611 / 7509 untuk cetakan resit rasmi.
2.         Melalui Skim Sumbangan Potongan Gaji Bulanan Secara Sukarela Kakitangan Awam dengan mengisi borang potongan gaji bulanan yang dilampirkan dan mengemukakan kepada Unit Kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi masing-masing.
3.         Melalui cek berpalang/wang pos/kiriman wang atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan dialamatkan kepada:

Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Kewangan
Aras 6-7, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8000 8000/